Kepemimpinan adalah program yang dijalankan khusus bagi organisasi atau syarikat anda dan dipimpin oleh Ustaz Ebit Lew pasukan Transform untuk menjadi pemimpin yang memberi kesan dan membantu perubahan kepada yang lain. Anda akan belajar bagaimana mendorong orang lain dan bagaimana untuk memanfaatkan pengaruh diri dan orang lain untuk mencapai visi yang lebih besar untuk setiap orang di setiap peringkat.
Program ini boleh dihadiri oleh semua peringkat pegawai dan kakitangan.
Program ini mempunyai 3 pilihan jangkasama mengikut kesesuaian anda iaitu program 1hari, 2hari 1malam atau 3hari 2malam. Bagaimanapun, bagi keberkesanan maksima digalakkan mengambil jangkamasa 3hari 2malam agar mendapat keseluruhan input modul program.