Transformasi Diri Menjadi Pekerja Cemerlang : Pakej 3 Hari

Event Date:

31 Oct 2020

Event Time:

07:30 AM

Event Location:

Transform Education & Training , Bandar Baru Bangi,

  • Tentang Transformasi Diri
  • Pengisian Program
  • Pelaksanaan Program
  • Maklumat Program

Tentang Transformasi Diri

Transformasi Diri Menjadi Pekerja Cemerlang adalah program yang dijalankan khusus bagi organisasi atau syarikat anda dan dipimpin oleh Ustaz Ebit Lew pasukan Transform untuk melakukan perubahan dalam diri. Individu cemerlang akan menjadikan pasukan kerja dan organisasinya cemerlang. Justeru itu, kursus ini akan merangsang perubahan individu dengan mengenali diri, potensi, menyerlahkan keunggulan diri dan mengeluarkan semua kecemerlangan yang terdapat dalam dirinya.

Pengisian Program

  1. Mengenali kekuatan, kelemahan dan potensi diri sebagai insan cemerlang.
  2. Menyedari bahawa kita dijadikan bukan untuk gagal tapi kita dijadikan sebaik-baik kejadian.
  3. Melaksanakan amalan-amalan pekerja yang cemerlang.
  4. Menjadi orang baru yang bermotivasi tinggi.
  5. Memahami peranan pekerja dalam keutuhan sesebuah organisasi.
  6. Mempunyai kemahiran perhubungan sesama manusia dalam melaksana kerja berpasukan.
  7. Mengamalkan kaedah pemikiran lateral dalam mengurus setiap kegiatan dalam penghidupan.
  8. Memperbaiki sikap, amalan, dan membentuk rangka tindakan dalam melakukan perubahan diri.

Pelaksanaan Program

  1. Ceramah yang interaktif.
  2. Aktiviti luar yang menguji dan memberi kesan.
  3. Bengkel dan pembentangan.
  4. Analisis diri peribadi @ berkumpulan.
  5. Cabaran 48jam.
  6. Laporan penilaian kursus.

Maklumat Program

Event Expired

Event F.A.Q

Siapa patut hadir?

Program ini boleh dihadiri oleh semua peringkat pegawai dan kakitangan.

Berapa lama jangka masa program?

Program ini mempunyai 3 pilihan jangkasama mengikut kesesuaian anda iaitu program 1hari, 2hari 1malam atau 3hari 2malam. Bagaimanapun, bagi keberkesanan maksima digalakkan mengambil jangkamasa 3hari 2malam agar mendapat keseluruhan input modul program.

Event Location:

Share This Event
ADD TO YOUR CALENDAR