Salah saya abaikan anak-anak
- transform_admin
- February 13, 2019
- No comments
- Kem Prokids - Kisah (Stories) | Prokids Jelajah Sekolah - Kisah (Stories) | Prokids Tour - Kisah (Stories)
Sebak bersama 600 pelajar dalam Prokids lepas. Tak dapat nak tidur dengar luahan sebahagian anak remaja ini…terutama yang remaja dan besar-besar. Mereka semua ini anak baik-baik. Saya catat setiap luahan hati mereka. Saya sendiri menangis kerana fikir ramai remaja kita dah tak solat. Allahuakbar..
Wahai ibuayah sekalian terutama nasihat buat diri saya sendiri..
Sedih ada remaja kurang kasih sayang ibuayah dalam mendidik Islam..ada seorang berumur 17 tahun. Beliau dah dekat 2 tahun langsung tak solat. Masuk club minum arak. Dan ramai ajaknya untuk tukar agama. Beliau mula rasa lemah..sebelum ini ada arwah nenek ajak solat..rindunya pada solat. Dia gembira dapat hadir kem..wahai ibuayah marilah kita beri masa untuk anak dengarlah fatihah mereka. Buat taklim sama-sama dan solat sama-sama…
Sedih juga bila ramai juga rasa diri tak berguna. Dan terlalu down sebab selalu dibandingkan dengan orang lain dan adik beradik semua hebat. Dia tak berguna langsung. Baik mati. Semua tak boleh. Antara puncanya terlupa kita khalifah Allah. Umat Nabi saw. Itulah kelebihan kita. Umat paling mulia. Mak ayah niat baik tapi tegur anak maki hamun. Menjatuhkan mereka. Mak ayah dulu selalu bila marah rotan dan cakap “anak bertuah mak” anak bertuah mak..marilah buang perktaan menghina dalam menegur. Anak ini amanah ALLAH. Mereka khalifah Allah. Allah pilih mereka Islam..
Saya sendiri kurang beri masa untuk anak-anak. Banyak mak ayah sibuk main telefon bimbit. Anak menangis rindu mak ayah. Mereka cuma anak yang dahagakan kasih sayang. Peluk mereka. Cakap sayang pada mereka. Buat yang remaja bawa mereka sama kita belajar dan dekat dengan Allah.
Anak rindukan contoh yang baik. Mereka perlu mak ayah menjadi contoh dalam hidup mereka. Seperti mana kita. Itulah anak kita. Anak lebih menjadi cermin makayah
Saya sedih sebab saya sendiri kurang memberi masa untuk anak saya
Rindunya pada anak-anak. Wahai anakku semua i love u sayang..terima kaseh Allah beri bidadariku yang menjaga mereka..terima kaseh Allah.terima kaseh sayangku bidadariku…jagakanlah anak remaja kami semua.. Buat anakku,ayah minta maaf, maafkan ayah. semoga Allah jadikan anak ayah semua daie Allah. Maafkanlah diriku ini..-ebitlew @prokidsKualaKubuBharu