Anak permata ummah

Sebak tiba-tiba masa lepak-lepak berbual dengan beberapa anak muda remaja ini dalam program Prokids lepas di Johor. Luahan mereka membuat saya menangis.

Seorang anak 17 tahun mencelah. Ustaz, saya sebaklah bila ustaz cakap macam ini… air mata dia bergenang. Rambutnya ada warna merah sikit. Saya selalu lawan mak ayah. Saya marah mak ayah sampai baling barang, pecahkan pintu. Pecahkan barang. Saya sedihlah ustaz. Saya dah tak nak jadi macam tu. Ya Allah saya salah… doakan saya ustaz…

Saya terus mengalir air mata. Saya peluk dia kuat-kuat. Rasa sayang padanya. Dia peluk saya menangis.. Saya bisik padanya, ‘janji dengan saya, jaga mak ayah dengan baik’. Yer ustaz..saya akan jaga mak ayah saya dengan baik..

Kawan sebelah pula mencelah. Saya selalu tipu mak ayah saya. Diaorang dah bawa saya pergi umrah. Dekat sana rasa suka solat. Sekarang saya tipu mak ayah. Saya berdiri buat-buat solat. Tapi selalunya saya tak solat. Saya dah 16 tahun ustaz. Apa nak jadi dengan saya… tolong saya ustaz. Saya nak jaga solat..

Saya bangun peluk anak muda tadi. Apa amanah saya pada awak…jaga solat wahai anak. Allah akan jaga awak.. dia menangis.. dia kata baik ustaz, saya akan jaga solat kerana ALLAH..

Seorang lagi anak muda walaupun dari mula dia melunjur kaki pada saya. Buat-buat tunduk macam tidur. Dia menangis peluk saya. Saya selalu balik tengah malam. Saya selalu susahkan mak saya. Ya Allah.. Saya tahan air mata saya. Saya dah tak boleh tahan dah..saya tak solat ustaz. Jarang solat. Semalam tinggal semua solat. Selalu macam tu.. Rambutnya warna perang juga..

Saya sebak.. dan peluk dia. Lagi kuat anak muda ini menangis.. terima kaseh ustaz..

Saya gembira sangat. Seorang lagi menangis. Mak saya ustazah. Orang baik. Orang panggil saya ‘mak ustazah, anak dajjal’. Saya jahat ustaz. Dari darjah tiga saya dah kenal macam-macam perkara buruk. Semua ilmu agama ni saya tahu. Semua kem saya pergi. Hari ini saya betul-betul nak berubah. Saya rasa sesuatu ustaz. Dia menangis. Saya tak guna langsung ustaz. Saya rasa hidup saya memang tak berguna. Beberapa anak muda ini cakap mereka tak guna langsung. Saya peluk mereka kuat-kuat. Saya kata awak berguna. Awak khalifah Allah. Allah pilih awak Islam. Allah tak salah. Awak semua dapat Agama hasil doa Nabi SAW. Awak hebat. Saya cemburu dengan awak semua..

Mereka berpelukan dengan saya. Mereka menangis. Walau cuma berbual santai di bawah khemah. Takde mic. Takde dewan. Selepas malam mereka dan saya jadi seperti keluarga. Dari siang mereka dengar ceramah duduk belakang jer. Sambil-sambil tak dengar. Tapi bila rapati mereka. Subhanallah luar biasa. Hati yang sangat cantik dan indah.

Hakikatnya kita belum tahu boleh besarkan anak kita seperti ibubapa besarkan kita. Cuma zaman ini telah berubah. Semuanya dihujung jari. Ya Allah lindungilah anak perempuan kami. Lindungilah anak lelaki kami dari ujian dan godaan dunia ini. Hanya kepada kau kami serahkan segala urusan. Tiada daya upaya melainkan dengan pertolonganMu.. Ampunkanlah dosa-dosa kami sebagai ibubapa dan juga sebagai anak. Semua salah saya kerana kurang mendampingi anak-anak remaja. Mereka semua baik-baik.

No Replies to "Anak permata ummah"