PROFIL SYARIKAT

PENGENALAN

Transform Training merupakan institusi latihan yang menawarkan khidmat latihan dan perundingan bermutu dan berwibawa di negara ini.Matlamat dan misi kami adalah untuk membangunkan sumber manusia ke tahap yang lebih produktif dan berdaya maju. Transform ditubuhkan atas kesedaran bahawa semua golongan pekerja di Malaysia perlu menjalani latihan dalam perkhidmatan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam profesion atau bidang pekerjaan agar lebih mahir,cekap, bermotivasi dan bertanggungjawab serta dapat meningkatkan produktiviti dan kecemerlangan organisasi.Usaha murni ini mampu dicapai melalui program latihan dan perundingan yang disusun secara sistematik. Bagi merealisasikannya, Transform mempunyai barisan penceramah dan perunding latihan yang terlatih,berkaliber dan berpengalaman dalam membentuk, melaksana dan menilai program-program latihan yang dilaksanakan untuk agensi-agensi kerajaan,swasta,institusi kewangan dan perbankan,badan-badan korporat,persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO),institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah di Malaysia.

VISI

Menjadi organisasi perundingan latihan yang menyumbang aktif ke arah kemajuan pembangunan modal insan secara holistik.

MISI

Menjadi organisasi perundingan latihan yang mampu berdaya saing dalam menjana kesejahteraan masyarakat yang berilmu, beriman dan beramal demi kejayaan di dunia dan di akhirat.

FALSAFAH LATIHAN

  • Program - program latihan yang dibentuk adalah sesuai dengan keperluan peserta dan organisasi.
  • Latihan yang dikendalikan memberi kesan - kesan positif dari segi efektif dan amalan.
  • TRANSFORM akan memberikan latihan yang terbaik untuk merangsang perubahan individu secara menyeluruh (mental, fizikal, spiritual, emosi dan sosial).
  • Hanya orang yang 'BAIK' dan 'CEMERLANG'akan dapat melaksanakan setiap peranan dan tanggungjawab dengan cara terbaik.
  • Program latihan akan dikendalikan oleh tenaga penggerak dan barisan perunding latihan yang terlatih dan berpengalaman.
  • 75%-80% pemikiran manusia adalah negatif dan punca utamanya adalah hati yang kotor.Penekanan latihan ke arah penyucian minda dan hati untuk berubah menjadi 'ORANG BARU' yang lebih cemerlang , berkualiti, produktif dan berdaya saing.


PERUNDING LATIHAN UTAMA TRANSFORM TRAINING & CONSULTANCY

Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau

  • Perunding Latihan/Penceramah Motivasi
  • Mengendalikan Lebih Dari 1000 kursus- kursus korporat, pelajar, keluarga dan usahawan.
  • Biasa memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura, Pakistan & Thailand.
  • Panel jemputan di beberapa slot di saluran radio IKIM.fm Motivasi Pagi di Ikim, Islam Agamaku (Ikim.fm) Slot Usrah Nurani,Slot Islam Itu Indah (Ikim.Fm) dll
  • Panel jemputan beberapa rancangan televisyen seperti Semanis Kurma (Tv9), Tv Al-Hijrah.
  • Merupakan panel penulis beberapa majalah, akhbar dan merupakan pengarang buku Tangisan Umat & Perjalanan Hidayah Umat.

Abdul Rahman Bin Ibrahim Lew

  • Perunding Latihan / Penceramah Motivasi
  • 14 tahun pengalaman sebagai pendidik.
  • MengendalikanLebih Dari 1000 kursus- kursus korporat, pelajar &keibubapaan.
  • Panel IKIM.Fm
  • Panel penulis artikel akhbar.